fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 24 Februari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM20.82 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.54 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM3.3 bilion untuk tujuh hari, tender bernilai RM1.7 bilion untuk 28 hari dan tender bernilai RM1.0 bilion untuk 91 hari.

Ia akan turut menjalankan tender repo berbalik semalaman bernilai RM5.0 bilion untuk satu hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM31.8 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM20.0 bilion.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE