fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM30.03 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.60 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari, tender repo berbalik semalaman bernilai RM2.0 bilion untuk sehari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM1.0 bilion untuk satu hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM33.5 bilion dan RM18.6 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI