fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 30 September- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM44.49 bilion dalam sistem konvensional dan RM12.99 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada RM1.65 bilion untuk 31 hari dan RM1 bilion untuk 92 hari.

Ia akan turut menjalankan tender repo berbalik Islam bernilai RM800 juta untuk 92 hari dan tender repo berbalik semalaman berjumlah RM3 bilion untuk satu hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM50.1 bilion dan RM14.5 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE