KUALA LUMPUR, 22 Julai- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM35.32 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.99 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik iaitu tender bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 92 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM37.8 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM24 bilion. -BERNAMA