fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 8 Mei- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM32.02 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.91 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat dijadualkan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion, untuk 33 hari dan 92 hari.

Selain itu, terdapat dua tender repo berbalik Islam, terdiri daripada RM500 juta untuk 33 hari dan RM300 juta untuk 92 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM34.0 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM17.9 bilion.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN