fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM43.67 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam RM15.99 bilion.

Hari ini, bank pusat akan melaksanakan dua tender repo berbalik, terdiri daripada tender bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 94 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM46.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM16.0 bilion. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA