Rubio desak Cuba bebaskan 700 banduan politik

Foto AFP

WASHINGTON, 19 Julai – Amerika Syarikat menggesa Cuba supaya segera membebaskan lebih 700 tahanan politik yang didakwa ditahan secara tidak adil oleh rejim negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rubio mengesahkan ketibaan artis pembangkang Luis Manuel Otero Alcantara di Miami selepas dipenjarakan selama lima tahun.
  • Pembebasan Alcantara perlu menjadi titik permulaan untuk menamatkan penahanan individu yang bersuara menentang kerajaan.
  • Komuniti antarabangsa mesti berhenti berdiam diri terhadap dakwaan pelanggaran hak asasi manusia di Cuba.
  • Gesaan Rubio meningkatkan tekanan diplomatik terhadap Havana mengenai layanan terhadap aktivis dan pengkritik kerajaan.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, dalam satu kenyataan pada Sabtu turut mengesahkan ketibaan seorang artis pembangkang Cuba, Luis Manuel Otero Alcantara, di Miami selepas dipenjarakan selama lima tahun.

Menurut Rubio, pembebasan Alcantara perlu menjadi titik permulaan kepada langkah lebih besar bagi menamatkan penahanan terhadap individu yang bersuara menentang kerajaan Cuba.

Beliau menegaskan komuniti antarabangsa tidak boleh terus berdiam diri terhadap dakwaan pelanggaran hak asasi manusia di negara itu.

“Komuniti antarabangsa mesti berhenti memejam mata terhadap pencabulan hak asasi manusia oleh rejim Cuba dan bersama-sama menuntut penamatan penindasan,” katanya.

Gesaan itu sekali gus meningkatkan tekanan diplomatik terhadap Havana berhubung layanan terhadap aktivis dan pengkritik kerajaan.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.