fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM minggu depan

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Pada minggu yang baru berakhir, bank pusat campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, tender repo berbalik dan tender Qard.

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional untuk minggu ini turun kepada RM28.8 bilion daripada RM29.81 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai turut berkurangan menjadi RM19 bilion daripada RM21.01 bilion.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) ialah tiga peratus setakat 12 Oktober. - BERNAMA

rtm(FOTO HIASAN)

Media Baharu