Tiada PRK Parlimen Petaling Jaya – SPR

SPR memutuskan tiada keperluan mengisi kekosongan luar jangka bagi kerusi berkenaan/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Oktober – Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan bagi kerusi Parlimen P.105 Petaling Jaya susulan kekosongan luar jangka bagi kerusi berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • SPR membuat keputusan selepas menerima surat rasmi daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengenai kekosongan kerusi.
  • Kekosongan kerusi diisytiharkan di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan melalui surat bertarikh 2 Oktober 2026.
  • Berdasarkan Perkara 54(1), Yang di-Pertua memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan mengisi kekosongan luar jangka.
  • Bekas penyandang Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatan dan keluar daripada PKR pada 2 Oktober.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas menerima surat rasmi daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berhubung kekosongan tersebut.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, kekosongan kerusi Parlimen itu telah diisytiharkan di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan menerusi surat bertarikh 2 Oktober 2026.

“Berdasarkan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka berkenaan.

“Selaras dengan itu, tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.105 Petaling Jaya akan dijalankan,” katanya.

Sebelum ini, bekas penyandang kerusi berkenaan, Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya, selain mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2 Oktober lalu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.