KUALA LUMPUR, 23 Februari- Sime Darby Plantation Berhad mengunjurkan purata harga minyak sawit mentah (MSM) antara RM3,700 dan RM3,900 satu tan tahun ini di tengah-tengah cabaran fenomena El Nino dan La Nina.
Namun, Pengarah Urusan Sime Darby Oils, Mohd Haris Mohd Arshad berkata, harga purata MSM dilihat boleh mencecah sehingga RM4,000 satu tan setahun kerana fenomena itu adalah perkara biasa dalam negara ini.
"Kesan ini lebih kepada Indonesia berbanding Malaysia. El Nino yang berlaku di Indonesia memberi impak. Kita juga mempunyai isu cuaca di Papau New Guinea yang akan memberi kesan kepada operasi," ujarnya.
Selain itu, pihaknya menjangkakan purata hasil buah tandan segar mencecah hampir 21 tan hingga 22 tan metrik sehektar, tahun ini.