Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 6 pagi

Gambar janaan AI

KUALA LUMPUR, 21 September — Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di enam negeri sehingga 6 pagi ini (Isnin).

RINGKASAN BERITA AI
  • Amaran dikeluarkan bagi kawasan di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
  • Kawasan terperinci termasuk Pulau Tioman; Seremban, Port Dickson, Rembau, Tampin; seluruh Melaka; Tangkak dan Muar.
  • Sarawak melibatkan Bintulu, Subis dan Miri. Sabah meliputi Tongod, Telupid, Sandakan, Labuk, Sugut, Paitan, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Kudat, Tambunan.
  • MetMalaysia: amaran dikeluarkan bila ribut petir hampir berlaku dengan hujan melebihi 20 milimeter sejam; sah maksimum enam jam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan amaran itu membabitkan beberapa kawasan di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Pahang, amaran melibatkan Pulau Tioman, manakala di Negeri Sembilan membabitkan Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin.

Di Melaka, amaran meliputi seluruh negeri, sementara di Johor membabitkan Tangkak dan Muar.

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Bintulu serta Subis dan Miri di bahagian Miri.

Sementara itu, di Sabah, amaran melibatkan Tongod, Telupid, Sandakan, Labuk dan Sugut serta Paitan di Sandakan; Ranau, Kota Belud dan Tuaran di Pantai Barat; Kudat; serta Tambunan di Pedalaman.

MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berlaku lebih sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.