19 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 21 September- Kapit, Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi iaitu 168 setakat 10.00 pagi ini, dengan 19 lokasi di seluruh negara merekodkan bacaan dalam kategori tidak sihat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan di Sarawak catat bacaan tidak sihat: Serian 167, Sri Aman 161, Bintulu 159, Kuching 158, Miri 157, Sibu 157.
  • Beberapa lokasi di Semenanjung merekodkan IPU tidak sihat, termasuk Putrajaya 157, Cheras Kuala Lumpur 156, Nilai 156, Seremban 154.
  • Sabah: Politeknik Kota Kinabalu merekodkan bacaan IPU 152 pagi ini.
  • IPU 51-100 sederhana; 101-200 tidak sihat; 201-300 sangat tidak sihat. Semak JAS atau muat turun aplikasi MyJAS EQMS untuk maklumat terkini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), bacaan tidak sihat turut direkodkan di Serian (167) dan Sri Aman (161) di Sarawak, diikuti Bintulu (159), Kuching (158), Miri dan Sibu masing-masing 157, Samarahan (156), Samalaju (155), ILP Miri (128) serta Limbang (104).

Di Semenanjung, Putrajaya merekodkan bacaan 157, manakala Cheras, Kuala Lumpur dan Nilai, Negeri Sembilan masing-masing 156.

Seremban, Negeri Sembilan mencatat 154, diikuti Johan Setia, Selangor (153), Bukit Rambai, Melaka (150) dan Shah Alam, Selangor (144).

Di Sabah pula, Politeknik Kota Kinabalu merekodkan bacaan 152.

Bacaan IPU antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Bagi mendapatkan maklumat berkaitan IPU terkini, layari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) di pautan https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau muat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyJAS EQMS.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.