fb fb fb fb fb

Belanjawan 2024: FPAM cadang pelepasan cukai perkhidmatan perancangan kewangan

KUALA LUMPUR, 27 September- Ahli Persatuan Perancang Kewangan Malaysia (FPAM) mencadangkan agar pelepasan cukai diperkenal bagi yuran perkhidmatan perancang kewangan menjelang pembentangan Belanjawan 2024.

Langkah itu bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kemampanan kewangan dalam kalangan rakyat.

Pengarah Wealth Vantage Advisory Sdn Bhd, Idham Idris berkata insentif itu akan memastikan rakyat memiliki pengurusan kewangan yang lebih baik terutamanya dalam situasi ekonomi yang mencabar.

"Saya benar-benar ingin mewujudkan kesedaran perancangan kewangan untuk rakyat Malaysia. Jadi saya rasa belanjawan ini berpotensi menjadi platfom untuk mewujudkan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya perancangan kewangan dengan memberikan pelepasan cukai kepada mereka yang mendapatkan khidmat perancang kewangan," katanya pada sesi perbincangan dan harapan bagi Belanjawan 2024 FPAM di sini.

Tambah Idham, langkah itu akan mendorong rakyat mendapatkan nasihat kewangan daripada pakar bertauliah, sekali gus, mengelak daripada menjadi mangsa penipuan kewangan.


(Tambah Idham, langkah itu akan mendorong rakyat mendapatkan nasihat kewangan
daripada pakar bertauliah, sekali gus, mengelak dari menjadi mangsa
penipuan kewangan.)

Media Baharu