fb fb fb fb fb

Antler umum pelaburan awal RM24.2 juta kepada 37 syarikat pemula seluruh Asia Tenggara

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 31 Januari- Firma modal teroka global, Antler mengumumkan pusingan pelaburan bagi peringkat awal berjumlah RM24.2 juta kepada 37 syarikat pemula di seluruh Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Pembiayaan terbesar itu menandakan komitmen dan permulaannya di Malaysia, disokong perkongsian strategik bersama Khazanah Nasional Bhd.

Menerusi kenyataan, Antler memaklumkan, portfolio syarikat pemula niaga tersebut merangkumi 19 sektor meliputi kecerdasan buatan, teknologi kewangan serta penjagaan kesihatan.

Pada peringkat domestik, tujuh syarikat pemula terpilih di bawah Antler Malaysia iaitu Cleve, COEX, MessengerCo, PingMi, Seafoody, UniiD dan Zappy.

Kepelbagaian dan keupayaan syarikat pemula di negara ini menunjukkan potensi dan peningkatan pengaruh Malaysia sebagai pemain utama dalam landskap keusahawanan serantau.

Sejak dilancarkan pada 2018, Antler telah menyokong lebih seribu syarikat pemula di seluruh dunia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE