fb fb fb fb fb

X selesai bayar denda di Brazil

Foto AFP

BRASÍLIA, 5 Oktober - Pemilik platform media sosial X, Elon Musk berkata ia telah membayar semua denda yang dikenakan terhadap syarikatnya di Brazil di mana platform itu telah disekat oleh hakim kerana penyebaran maklumat yang salah.

Hakim Mahkamah Agung, Alexandre de Moraes, yang mengarahkan penutupan X di negara terbesar di Amerika Latin itu, berkata pada hari Jumaat bahawa rangkaian sosial itu telah memaklumkan mahkamah bahawa denda yang dikenakan ke atasnya telah dibayar sepenuhnya.

Beliau telah mengarahkan pihak berkuasa kehakiman untuk mengesahkan perkara itu.

Sumber yang rapat dengan perkara itu mengesahkan bahawa denda sekitar 5.2 juta dolar telah diselesaikan sepenuhnya.

Pertembungan antara Moraes dan Musk berubah menjadi kes berprofil tinggi yang menguji hak kebebasan bersuara dan tanggungjawab korporat di Brazil.

Musk mengecam Moraes atas larangan berkenaan dan menggelarnya sebagai Voldemort sempena nama antagonis daripada siri "Harry Potter".

Tetapi sejak kebelakangan ini dia lebih banyak berdiam mengenai isu itu dan X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, kelihatan segera mematuhi tuntutan Moraes agar penggantungan itu ditarik balik.

X mempunyai lebih 22 juta pengguna di Brazil sebelum Moraes menyekatnya.

Musk enggan menyekat beribu akaun pengikut sayap kanan yang dituduh menyebarkan maklumat salah dan menamakan wakil undang-undang baharu di negara itu seperti yang diarahkan- AFP

Trainee2