BEIRUT, 28 Oktober- Lubnan telah mengemukakan aduan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai serangan Israel minggu lalu yang mengorbankan tiga wartawan di selatan negara itu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Luar Lubnan menerusi platform X.
"Lubnan telah mengemukakan aduan kepada Majlis Keselamatan PBB mengenai serangan Israel terbaharu yang menyasarkan wartawan dan kemudahan media di Hasbaya, selatan Lubnan serta kawasan Ouzai, pinggir selatan Beirut.
"Serangan ini adalah satu jenayah perang, dan Israel mesti bertanggungjawab serta dihukum," menurut kenyataan kementerian itu.
Terdahulu, Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati menyatakan bahawa serangan tersebut adalah disengajakan.
Israel melancarkan serangan udara yang sengit di Lubnan bulan lalu, di samping melakukan pencerobohan darat selepas setahun pertempuran merentasi sempadan dengan kumpulan Hizbullah yang disokong Iran berkaitan konflik Gaza.- AFP
BERITA BERKAITAN: