BEIRUT, 28 Oktober- Sekurang-kurangnya lima orang terkorban dalam serangan Israel di pusat bandar Tyre, selatan Lubnan pada Isnin.
Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, insiden itu turut mencederakan 10 orang yang lain.
Jumlah korban dijangka meningkat susulan serangan tersebut.
"Musuh (Israel) pagi tadi menyerang sebuah bangunan di pusat bandar itu.
"Kerja-kerja mengalihkan runtuhan konkrit dan operasi mencari serta menyelamat mangsa masih giat dijalankan," menurut kenyataan itu. - AFP
BERITA BERKAITAN: