PARIS, 28 Oktober- Pelakon legenda Perancis, Gerard Depardieu, 75, akan dibicarakan atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap dua wanita, hari ini.
Kira-kira 20 mangsa menuduh Depardieu melakukan pelbagai kesalahan seksual.
Pelakon Charlotte Arnould, 28, merupakan individu pertama yang memfailkan aduan jenayah.
Aduan itu difailkan Arnould pada Ogos 2018, mendakwa dirinya berkali kali dirogol pelakon itu di kediamannya di Paris.
Bagaimanapun, aduan itu digugurkan mahkamah jenayah kerana kekurangan bukti oleh pasukan penyiasat pada 2019.
Tidak berputus asa, Arnould akhirnya berjaya membuka semula kes tersebut pada tahun sama, menyebabkan Depardieu gagal dalam percubaanya untuk membatalkan kes berkenaan pada Disember 2020.
Plaintif kedua, Anouk Grinberg, seorang pelakon filem "The Green Shutters".
Wanita itu mendakwa Depardieu sentiasa menggunakan kata-kata tidak sopan dan kasar terhadapnya. Lebih teruk dia dikatakan menggunakan pengaruh besarnya dalam industri hiburan untuk menutup segala kesalah yang telah dilakukan.
Depardieu ialah bintang besar yang menghadapi tuduhan dalam kempen #MeToo pawagam Perancis./AFP