fb fb fb fb fb

Israel serang 55 hospital di Lubnan

Foto AFP

 

LUBNAN, 25 Oktober - Serangan kejam rejim zionis sejak 23 September lalu telah menjejaskan 55 buah hospital di Lubnan.

Perkara itu didedahkan Menteri Kesihatan Lubnan, Firass Abiad semasa sidang media pada jumaat.

Menurut Firass, 36 daripadanya sengaja disasarkan, sekali gus menyebabkan lapan hospital terpaksa ditutup.

"Kini terdapat lapan orang paramedik yang syahid.

"Tentera Israel enggan membenarkan pengambilan mayat paramedik dari kenderaan," katanya.

Jumlah keseluruhan korban dalam sektor kesihatan dan hospital setakat ini mencecah 163 orang, manakala 272 lagi cedera.

Israel melancarkan serangan besar-besaran di Lubnan dengan menggunakan alasan untuk memburu kumpulan Hizbullah.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Beirut berkata, serangan Israel telah membunuh lebih 2,500 orang dan menyebabkan lebih 1.2 juta orang kehilangan tempat tinggal.-AFP

Trainee