fb fb fb fb fb

Angka korban Gaza meningkat 43,020

Foto AFP

GAZA, 28 Oktober- Sekurang-kurangnya 43,020 orang telah terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Gaza.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Kesihatan Gaza menerusi kenyataan hari ini.

"Angka kematian tersebut termasuk 96 kematian dalam tempoh 48 jam yang lalu.

"Kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak," menurut kenyataan tersebut.

Serangan Israel sejak konflik Israel-Hamas bermula pada Oktober lalu turut menyebabkan 101,110 orang mengalami kecederaan. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM