SIDON, 19 November - Sekurang-kurangnya 13 orang dilaporkan terkorban dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Israel ke atas kem pelarian Ain al-Hilweh di Sidon, selatan Lubnan, pada malam Ahad.
Rakaman video menunjukkan petugas Palang Merah Lubnan, Pertahanan Awam, ambulans serta kenderaan awam tiba dan meninggalkan kawasan kejadian.
Datuk Bandar Sidon, Mostafa Hijazi, menggambarkan situasi di Saida sebagai 'sedikit tegang' susulan serangan tersebut.
Kem berkenaan menempatkan kira-kira 80,000 penduduk, menurut laporan media.
Israel telah melancarkan beberapa serangan ke atas wilayah Lubnan sejak perjanjian gencatan senjata dengan Hezbollah berkuat kuasa pada 27 November 2024.
Rejim Zionis juga dikatakan mengekalkan kawalan ke atas lima bukit di selatan Lubnan yang diduduki sejak permulaan perang. -VIORY