fb fb fb fb fb

Kenderaan terjunam ke sungai, 8 maut di Afghanistan

Foto Hiasan

TIRIN KOT, 28 Oktober- Sekurang-kurangnya lapan penumpang kehilangan nyawa selepas kenderaan yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan kayu ke dalam sungai di wilayah Uruzgan, selatan Afghanistan, kata pihak berkuasa wilayah pada Isnin.

Kemalangan itu berlaku pada Isnin, pukul 3.00 pagi waktu tempatan apabila jambatan kayu itu runtuh akibat beban berat di pinggir daerah Gayzab, menurut Agha Wali Qurishi, pengarah penerangan dan kebudayaan wilayah, kepada Xinhua.

Keadaan jambatan yang usang, beban berlebihan dan pemanduan cuai adalah punca utama di sebalik kemalangan maut itu.

Kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di negara pergunungan Asia Tengah ini, sering dikaitkan dengan pemanduan cuai, kekurangan langkah keselamatan bagi penumpang di jalan yang sesak, rupa bumi yang mencabar dan kenderaan lama. - BERNAMA-XINHUA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM