fb fb fb fb fb

Israel dikecam guna ruang udara Iraq

Bunyi beberapa letupan di Tehran akibat serangan Israel / Foto AFP

BAGHDAD, 28 Oktober-Iraq mengutuk tindakan Israel yang menggunakan ruang udaranya untuk menyerang Iran dalam surat bantahan yang dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres serta Majlis Keselamatan PBB.

Jurucakap kerajaan Iraq, Bassim Alawadi menyatakan bahawa surat tersebut mengecam pelanggaran terang-terangan terhadap ruang udara dan kedaulatan Iraq oleh Israel.

Beliau mengkritik tindakan Israel yang melancarkan serangan ke atas Iran menggunakan ruang udara Iraq pada Sabtu lalu.

"Kementerian Luar Iraq akan membangkitkan pelanggaran ini dalam perbincangan dengan Amerika Syarikat (AS).

"Pesawat Israel juga melepaskan peluru berpandu jarak jauh dalam ruang udara yang dikawal AS di Iraq," katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, serangan Israel ke atas tapak ketenteraan Iran telah meningkatkan risiko ketegangan serantau, lebih setahun selepas konflik Gaza dan sebulan selepas konflik Israel-Hizbullah di Lubnan. - AFP

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM