fb fb fb fb fb

Iran sambung semula penerbangan selepas gantung sementara operasi

Foto fail AFP

TEHRAN, 26 Oktober- Iran menyambung semula penerbangan pada pagi Sabtu selepas menghentikannya buat sementara waktu susulan serangan Israel yang menyasarkan tiga wilayah di negara itu.

Jurucakap Pertubuhan Penerbangan Awam Iran berkata penerbangan akan disambung semula pada 9 pagi waktu tempatan selepas penggantungan singkat, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Ja’far Yazerlou membuat kenyataan itu pada pagi Sabtu, beberapa jam selepas rejim Israel menyerang beberapa kedudukan di tiga wilayah iaitu Tehran, Khuzestan dan Ilam.

Terdahulu, pasukan pertahanan udara Iran berkata serangan itu berjaya dipatahkan.- BERNAMA-IRNA

ROSLINA BINTI DIN