fb fb fb fb fb

Ulama Taliban antara dua orang mati dan tiga cedera, Daesh mengaku bunuh  

(Penduduk menunaikan solat asar di Wazir Akbar Khan Hill in Kabul
pada 10 Ogos 2022/Foto hiasan AFP)

KABUL, 12 Ogos- Ulama Taliban ternama yang sering mengungkapkan kata-kata tegas terhadap militan daesh, Rahimullah Haqqani dilaporkan terbunuh dalam serangan berani mati pada Khamis di madrashanya. Militan Daesh mengaku bertangnggungjawab atas serangan tersebut.

Baru-baru ini Rahimullah berucap secara terbuka menyokong kanak-kanak perempun bersekolah. Haqqani terselamat daripada dua cubaan bunuh diri termasuk kejadian di Pakistan pada Oktober 2020.

“Hari ini, Madrasah Sheikh Rahimullah menjadi sasaran mengakibatkan dia (Haqqani) dan seorang lagi saudaranya mati syahid,” kata jurucakap polis, Khalid Zadran kepada AFP, menambah tiga lagi individu cedera dalam serangan tersebut.

Sebelum ini, Zadran menyatakan hanya Rahimullah terbunuh dan empat lagi cedera.

Jurucakap kerajaan, Bilal Karimi mengesahkan kematian Rahimullah “dalam serangan yang dilakukan musuh pengecut” namun tidak memperincikan secara lanjut.

Beberapa jam selepas itu militant daesh mengaku bertanggungjawab menerusi siaran di Telegram, mengatakan pengebom telah meletupkan jaket dipakainya dalam pejabat Rahimullah.   

Rahimullah antara salah seorang "penyokong Taliban terkenal dan salah seorang daripada pemimpin yang menentang gerakan daesh,” kata kumpulan pemantau jihad SITE, yang menterjemah kenyataan daripada daesh.

Sumber Taliban menyebut, walaupun beliau (Rahimullah) tidak menjawat sebarang jawatan rasmi, beliau adalah seorang tokoh berpengaruh yang telah mengajar banyak ahli kumpulan itu, selama hayatnya.

Rahimullah juga dikenali dengan ucapan tegas terhadap militan daesh yang telah mengaku bertanggungjawab melakukan beberapa serangan di Afghanistan sejak Taliban kembali berkuasa pada Ogos tahun lalu.

Beberapa bulan lalu, Haqqani mempertahkan hak untuk kanak-kanak perempuan bersekolah.

“Tiada justifikasi dalam syariah mengatakan kanak-kanak perempuan tidak dibenarkan mendapatkan pendidikan,” katanya kepada BBC dalam temu bual pada Mei lalu.

Sejak berkuasa setahun lalu, Taliban telah mengenakan sekatan tegas berhubung hak wanita dan anak gadis agar sentiasa mematuhi peraturan Islam yang ditetapkan.

Taliban tidak membenarkan pembukaan semula sekolah menengah untuk anak perempuan di kebanyakan kawasan seluruh Afghanistan. -AFP


(Pejuang Taliban sedang membuat pemeriksaan keselamatan pada 8 Julai 2022/AFP)

Media Baharu