Moscow ikrar sokong kepentingan Iran, usaha damai diperhebat

FOTO AFP

SAINT PETERSBURG, 27 April – Presiden Russia, Vladimir Putin memberi jaminan Moscow akan melakukan “segala yang mampu” bagi membantu menjayakan usaha damai di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertemuan Putin dengan Menteri Luar Iran Abbas Araghchi menonjolkan sokongan Rusia terhadap dialog dan keamanan serantau.
  • Putin menegaskan komitmen Rusia untuk menyokong kestabilan serantau.
  • Rusia akan terus memperkukuh hubungan strategik dengan Iran.
  • Araghchi menyalahkan Amerika Syarikat atas kegagalan rundingan, walaupun gencatan senjata masih kekal.

Perkara itu disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi di Saint Petersburg, hari ini.

Menurut laporan media kerajaan Rusia, Putin menegaskan komitmen negaranya untuk menyokong kestabilan serantau.

“Bagi pihak kami, kami akan melakukan segala yang dapat memenuhi kepentingan anda dan rakyat di rantau ini supaya keamanan dapat dicapai secepat mungkin,” katanya.

Dalam masa sama, Putin turut memuji ketabahan rakyat Iran dalam mempertahankan kedaulatan negara mereka.

Sementara itu, Araghchi ketika tiba di Rusia menyalahkan Amerika Syarikat atas kegagalan rundingan bagi menamatkan konflik, meskipun gencatan senjata masih kekal setakat ini.

Putin turut menegaskan bahawa Rusia akan terus memperkukuh hubungan strategik dengan Iran.

Perkembangan itu mencerminkan usaha berterusan Moscow memainkan peranan dalam isu geopolitik Asia Barat di tengah ketegangan yang masih belum reda melibatkan beberapa kuasa besar dunia.-AFP