fb fb fb fb fb

Trump umum kenaikan tarif logam Kanada kepada 50 peratus

Donald Trump/AFP

WASHINGTON, 12 Mac- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa menggandakan tarif yang dirancangnya ke atas semua produk keluli dan aluminium yang diimport dari Kanada, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 50 peratus, sebagai tindak balas terhadap tindakan wilayah Ontario mengenakan tarif 25 peratus ke atas bekalan elektrik ke AS.

Menerusi hantaran di Truth Social, Trump berkata beliau telah mengarahkan setiausaha perdagangan untuk menambah 25 peratus lagi tarif ke atas produk berkenaan yang akan berkuat kuasa mulai pagi Rabu.

"Selain itu, Kanada mesti segera menghapuskan Tarif Anti-Petani Amerika mereka sebanyak 250 peratus hingga 390 peratus ke atas pelbagai produk tenusu AS yang sejak sekian lama dianggap keterlaluan.

"Saya tidak lama lagi akan mengisytiharkan Darurat Kebangsaan mengenai Elektrik di kawasan yang terancam," tulis Trump. -Reuters

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA