fb fb fb fb fb

Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak terjejas

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz/RTM

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Status Malaysia sebagai anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) serta Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) kekal dan tidak berubah walaupun berdepan ketidaktentuan daripada dasar tarif yang dilaksanakan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata dasar ekonomi yang diumumkan AS setakat ini belum memberi impak langsung terhadap ekonomi negara kerana AS bukan anggota dalam mana-mana perjanjian perdagangan bebas berkenaan.

"Status Malaysia sebagai ahli CPTPP dan RCEP tidak berubah meskipun timbul ketidaktentuan daripada dasar tarif yang sedang dilaksanakan Presiden AS (Donald Trump). Ini kerana AS bukan ahli CPTPP mahupun RCEP. Sehingga kini, dasar ekonomi yang diumumkan Presiden AS masih belum memberi kesan secara langsung ke atas ekonomi negara.

"Namun demikian, kerajaan akan terus memantau perkembangan dasar baharu AS serta merangka strategi bersesuaian bagi menangani implikasi terhadap ekonomi Malaysia," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Rita Sarimah Patrick Insol di Dewan Negara hari ini.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA