fb fb fb fb fb

Trump mempunyai hala tuju jelas - Modi

Narendra Modi (kiri) dan Donald Trump/ Reuters

NEW DELHI, 17 Mac- Perdana Menteri India Narendra Modi berpendapat Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump 'jauh lebih bersedia' untuk penggal keduanya selain dilengkapi pelan hala tuju jelas.

Beliau bercakap dalam temu bual audio siar sebelum tarif timbal balik yang dirancang Washington.

India antara rakan dagangan yang akan menghadapi tarif bermula April.

Selepas Modi dan Trump bertemu bulan lalu, kedua-dua negara bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian tarif dan mengusahakan segmen pertama perjanjian 2025.

Ia menyasarkan untuk mencapai perdagangan dua hala sebanyak $500 bilion menjelang 2030.

"Kali ini, Trump nampaknya jauh lebih bersedia berbanding sebelum ini," kata Modi dalam audio siar bersama saintis komputer Amerika dan pengendali audio siar Lex Fridman merujuk kepada penggal kedua Trump, yang bermula pada Januari.

"Dia mempunyai hala tuju jelas dalam fikirannya, setiap satu direka untuk membawa mengikut perancanga dan mancapai matlamat," tambahnya.

Semasa perbincangan audio siar itu Modi memaklumkan mengenai isu-isu dari diplomasi dan kecerdasan buatan (AI).

Sementara itu hubungan India dengan negara jiran China bertambah baik tahun lalu selepas memeterai pakatan penting untuk mengurangkan ketegangan tentera di sempadan Himalaya mereka berikutan perbincangan antara Modi dan Presiden China Xi Jinping di Rusia.

"Perlahan tetapi pasti, kepercayaan, semangat dan tenaga akan kembali," kata Modi. Kedua-dua negara itu berusaha memulihkan hubungan sebelum pertempuran sempadan tentera pada 2020.

"Sudah tentu, ia akan mengambil sedikit masa, kerana terdapat jurang lima tahun," katanya sambil menambah bahawa tumpuan kedua-dua negara adalah untuk memastikan perbezaan mereka "tidak bertukar menjadi pertikaian".

Mengenai hubungan dengan Pakistan, Modi menyatakan harapan untuk hubungan aman.

"Setiap percubaan murni untuk memupuk keamanan disambut dengan permusuhan dan pengkhianatan. Kami berharap agar kebijaksanaan akan memilih jalan damai," katanya.

Bagaimanapun Kementerian Luar China dan Pakistan tidak memberi sebarang respons mengenai perkara itu seperti yang dimaklumkan menerusi audio siar tersebut.- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI