Guru ditahan disyaki terbabit amang seksual murid lelaki

Foto hiasan

MERSING, 23 Mei -Seorang guru ditahan selepas dipercayai terbabit kes amang seksual murid lelaki berusia sembilan tahun di sebuah sekolah di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Guru berusia 31 tahun diberkas di sekitar Mersing pada pukul 5.50 petang.
  • Ketua Polis Daerah Mersing, Supt. Abdul Razak Abdullah Sani mengesahkan menerima laporan polis pada hari sama.
  • Rampasan sebuah telefon bimbit turut dibuat semasa tangkapan.
  • Suspek direman sehingga 26 Mei dan disiasat mengikut Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Guru lelaki yang berusia 31 tahun itu diberkas di sekitar Mersing, pukul 5.50 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani mengesahkan menerima laporan polis, hari sama berkaitan kes itu.

“Tangkapan turut melibatkan rampasan sebuah telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek direman sehingga 26 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) /14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.