
PONTIAN, 23 Mei –Enam lelaki ditahan, dipercayai terlibat kes bunuh di Pekan Nanas, Khamis lalu.
- Operasi khas dijalankan antara 8.00 malam hingga 4.00 pagi, dan tangkapan dibuat dalam tempoh 24 jam.
- Suspek berusia 18 hingga 22 tahun, mempunyai rekod jenayah dan dadah; salah seorang positif dadah jenis Benzo.
- Polis merampas kenderaan dan peralatan dipercayai digunakan, nilai rampasan RM120,000; kes disiasat bawah Seksyen 302 dan Seksyen 15(1)(a).
Tangkapan dijalankan dalam tempoh 24 jam, menerusi operasi khas yang dijalankan pada 8.00 malam hingga 4.00 pagi.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, suspek berusia 18 hingga 22 tahun itu, mempunyai rekod jenayah serta dadah.
“Manakala salah seorang suspek positif dadah jenis Benzo.
“Polis turut merampas kenderaan serta beberapa peralatan dipercayai digunakan semasa kejadian, dengan nilai rampasan sebanyak RM120,000,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pada insiden Khamis lalu, mangsa lelaki berusia 22 tahun ditemukan cedera parah pada tangan dan kaki di hadapan sebuah kedai makanan dan minuman.