fb fb fb fb fb

Thailand temui hampir 15 juta tan litium

Foto File AFP

BANGKOK, 19 Januari - Thailand menemui hampir 15 juta tan mendapan litium, kata jurucakap kerajaan pada Jumaat, satu rangsangan bagi matlamat kerajaan itu untuk menjadi hab serantau bagi pengeluaran kenderaan elektrik.

Penemuan itu bermakna Thailand mempunyai sumber litium ketiga terbesar, di belakang Bolivia dan Argentina, tetapi ia masih belum jelas berapa banyak yang boleh dieksploitasi secara komersial.

14.8 juta tan litium itu ditemui di antara dua tapak berasingan di wilayah selatan Phang Nga, kata timbalan jurucakap kerajaan Rudklao Intawong Suwankiri kata stesen televisyen The Nation.

"Kami cuba untuk mengetahui berapa banyak yang boleh kami gunakan daripada sumber yang kami temui. Ia mengambil masa," kata Rudklao kepada The Nation.

Litium merupakan komponen utama dalam pembuatan bateri yang digunakan dalam kereta elektrik, serta telefon pintar dan beberapa barangan elektronik lain.

Perdana Menteri, Srettha Thavisin, yang mengambil alih kerajaan pada bulan Ogos, telah meletakkan keutamaan untuk cuba meningkatkan Thailand sebagai hab pengeluaran serantau untuk kenderaan elektrik.

Ketika mesyuarat Forum Ekonomi Dunia di Davos, Srettha bertemu pemimpin industri termasuk Timbalan Pengerusi Bosch untuk mendesaknya melabur dalam pengeluaran EV di Thailand.

"Ini berita baik. Ini peluang untuk Thailand berdikari dalam pengeluaran bateri EV," kata Rudklao mengenai penemuan litium itu.

Pada Disember 2023, dua syarikat gergasi EV China berkata mereka akan melabur 2.3 bilion baht (AS$64 juta) untuk membangunkan Thailand sebagai hab pengeluaran.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN