fb fb fb fb fb

Serangan Israel adalah keganasan psikologi & rancangan genosid

Foto WAFA

NEW YORK, 8 Oktober- Serangan dan jenayah Israel yang berlaku di Gaza merupakan keganasan psikologi serta sebahagian daripada rancangan genosid, menurut Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu, Tlaleng Mofokeng.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Mofokeng menegaskan bahawa kesihatan mental penduduk Gaza semakin terganggu akibat konflik Israel-Hamas yang berpanjangan di kawasan itu.

Mofokeng turut memberi amaran bahawa tahap kebimbangan dan trauma dalam kalangan penduduk Gaza kini berada pada tahap yang tidak normal, sementara akses kepada perkhidmatan kesihatan dan rawatan terus merosot.

"Generasi kanak-kanak di Gaza ada yang meninggal dunia atau tidak selamat sebelum sempat menerima sijil kelahiran mereka.

"Kita telah mengecewakan generasi di Gaza. Jika kita tidak menghentikan bom yang terus digugurkan di Gaza, masa depan generasi ini menjadi semakin tidak pasti," lapor WAFA.

BERITA BERKAITAN:

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM