fb fb fb fb fb

Warga emas Palestin kenang derita dua Nakba

Abdullah Simi 95 tahun mengenang kembali detik-detik ketika melalui dua Nakba di Palestin / Foto VIORY

GAZA, 8 Oktober-Seorang warga emas Gaza, Abdullah Simi 95 tahun mengenang kembali kehidupannya ketika melalui dua Nakba, iatu pada Perang 1948 dan Konflik Hamas-Israel 2023.

"Saya berpeluang merasai kedua-dua peristiwa. Saya berusia 18 tahun pada 1948 dan menyaksikan kesemua yang berlaku pada Perang Enam Hari 1967.

"Ia merupakan keputusan yang sukar dilakukan untuk meninggalkan negara dan tanah air yang dicintai.

"Kemudian, Perang Hamas-Israel yang berlangsung tahun lepas. Perang baharu ini lebih dahsyat dan jauh lebih buruk daripada sebelumnya", kata Simi yang ditemui di sini.

'Nakba bermaksud malapetaka dan merujuk kepada pengusiran penduduk Palestin oleh rejim Israel ketika Perang Arab-Israel pada 1948.

Menurut Simi, perang yang lepas tidak mempunyai jumlah syahid seperti perang kali ini, katanya.

"Perang kali ini sangat sukar kerana jumlah syahid dan apa yang kami alami di sini; terdapat ratusan bahkan ribuan syahid di sini (Gaza).

Simi turut berkata dia telah kehilangan lima ahli keluarganya termasuk dua anak lelakinya.

“Seorang meninggal bersama isterinya dan anak kecil mereka, sementara seorang lagi meninggal bersama anak perempuannya.

"Kami pergi ke Al-Aqsa dan berdoa untuk mereka sebelum mereka dikebumikan. Saya terus menangis kerana kehilangan lima ahli keluarga dan ia sangat menyakitkan,” katanya.

Siami juga mengimbau pengalamannya sendiri pada tahun 1948, yang menyaksikan 700,000 rakyat Palestin dipindahkan selepas penubuhan negara Israel.

“Sesetengah penduduk menunggang keldai, dan yang lain berdiri dalam barisan panjang dan mula berjalan,” kenangnya.

“Dua keluarga, iaitu seorang lelaki dengan isteri dan anak-anaknya, tinggal di sini, tetapi selepas seminggu, tentera Israel mengusir mereka dan menyuruh mereka untuk menyertai keluarga mereka.”

Mengenai apa yang mungkin berlaku pada masa depan, Siami berkata bahawa ‘harapan serta semangat yang tinggi dan kepercayaan akan membantunya melalui hari mendatang.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah membahagikan Palestin kepada negara Yahudi dan Arab pada tahun 1947, walaupun ketegangan dengan negara-negara Arab menyebabkan perang pada tahun 1948, pengisytiharan kemerdekaan Israel, dan pemindahan besar-besaran rakyat Palestin.

Hari ini (Isnin) juga menandakan ulang tahun pertama perang Israel-Hamas, yang bermula dengan serangan kumpulan pejuang itu dan serangan udara serta pencerobohan darat oleh IDF di wilayah Gaza.

Perang di Gaza telah mengakibatkan lebih 40,000 kematian menurut pihak Palestin.-VIORY

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD