fb fb fb fb fb

Elon Musk rancang berkempen untuk Trump di Pennsylvania

Musk dilihat melompat dan mengangkat tangannya semasa beliau melangkah ke pentas untuk menyokong Trump ketika perhimpunan kempen di Butler, Pennsylvania pada Sabtu lalu/ Foto: AFP

WASHINGTON, 8 Oktober- Elon Musk merancang untuk terus berkempen buat calon presiden Republikan, Donald Trump, di Pennsylvania, menurut sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai usaha.

Ini selepas bilionair itu membuat penampilan yang mencuri perhatian bersama bekas presiden di bandar itu baru-baru ini.

Musk dilihat melompat dan mengangkat tangannya semasa beliau melangkah ke pentas untuk menyokong Trump ketika perhimpunan kempen di Butler, Pennsylvania pada Sabtu lalu.

Ia adalah kemunculan kali pertama CEO Tesla dan pemilik platform media sosial X itu dilihat bersama dalam acara kempen Trump ketika beliau menyatakan sokongan kepada bekas presiden itu pada majlis yang menyaksikan cubaan bunuh Trump pada 13 Julai lalu di tempat yang sama.

Sumber berkenaan yang enggan dikenali menyatakan penampilan Musk akan dikaitkan dengan jawatankuasa tindakan politiknya, America PAC.

Kempen Trump tidak memberi sebarang komen apabila diminta mengulas perkara itu.

Pennsylvania dianggap sebagai negeri penting bagi kedua-dua Trump dan pesaing Demokratnya, Naib Presiden, Kamala Harris, dalam perlumbaan bagi pilihan raya pada 5 November.

Trump dijadualkan muncul dalam perhimpunan kempen di negeri itu pada Rabu, di Scranton dan Reading.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI