fb fb fb fb fb

Tok Mat mewakili Malaysia, bincang situasi di Gaza

Mohamad Hasan / Foto FB Wisma Putra

KUALA LUMPUR, 26 September- Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri yang dijadualkan berlangsung di New York, Amerika Syarikat.

Mesyuarat itu berkaitan dengan “Situasi di Gaza dan Pelaksanaan Penyelesaian Dua Negara ke Arah Keamanan yang Adil dan Komprehensif".

Menurut Wisma Putra, negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Setiausaha Agung PBB, wakil-wakil agensi PBB yang berkaitan, serta organisasi antarabangsa dan serantau juga akan turut menyertai mesyuarat tersebut.

Ia bertujuan bagi memperkasakan pelaksanaan penyelesaian dua negara dan usaha-usaha perdamaian lain yang relevan.

"Menteri Luar (Mohamad) akan menyampaikan kenyataan untuk menyokong langkah dan cadangan dalam melaksanakan semua usaha keamanan yang berkaitan, dalam konteks mengiktiraf negara Palestin berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya," menurut kenyataan tersebut.

Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen dan usaha berterusan dalam menyokong perjuangan Palestin.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM