fb fb fb fb fb

PM Bangladesh Sheikh Hasina larikan diri lepas letak jawatan

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina/Foto REUTERS

NEW DELHI, 6 Ogos - Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina meninggalkan negaranya, berikutan bantahan besar-besaran terhadap kerajaan pimpinannya.

Hasina berlepas ke India selepas meletak jawatan dan dilapor bercadang terbang ke London dipercayai bagi memohon suaka politik untuk mendapatkan perlindungan di England.

Hasina dilaporkan berlepas dengan pesawat Tentera Udara Bangladesh sebelum mendarat di pangkalan Hindon Tentera Udara India, di Ghaziabad, petang semalam.

Terdahulu, ketua tentera Bangladesh, Jeneral Waker-uz-Zaman mengumumkan kerajaan peralihan.

ARTIKEL BERKAITAN

Ia selepas Hasina melarikan diri di tengah-tengah protes ganas di seluruh negara. Pihak berkuasa di Dhaka juga menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal

Sumber yang rapat dengan Hasina menyatakan bahawa beliau telah mencari lokasi yang lebih selamat selepas demonstrasi yang semakin memuncak termasuk serangan ke atas kediaman rasmi beliau.

Keadaan di Bangladesh kini semakin tegang, dan masa depan politik Hasina menjadi tidak menentu.- REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN