fb fb fb fb fb

Meta mohon maaf 'padam' catatan PM dari Facebook, Instagram berhubung Ismail Haniyeh

Beberapa hantaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipadam dari Facebook dan Instagram

KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Platforms Meta telah memohon maaf atas kesilapan menurunkan kandungan daripada akaun Facebook dan Instagram Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, yang berkaitan dengan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, pada minggu lepas

Malaysia meminta penjelasan Meta selepas siaran yang menyatakan ucapan takziah atas kematian Haniyeh telah dialih keluar.

“Kami memohon maaf atas kesilapan operasi yang mana kandungan daripada laman Facebook dan Instagram Perdana Menteri telah dialih keluar, dan kandungan itu telah dipulihkan dengan label yang betul,” menurut jurucakap Meta kepada Reuters.

Anwar Ibrahim telah menyiarkan video panggilan telefonnya dengan pegawai Hamas pada 31 Julai, serta gambar pertemuannya dengan Ismail di Qatar pada bulan Mei lalu.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan pegawai Pejabat Perdana Menteri bertemu wakil Meta pada Isnin untuk mendapatkan penjelasan.

“Pejabat Perdana Menteri melihat tindakan Meta sebagai diskriminasi, tidak adil, dan penindasan terang-terangan terhadap kebebasan bersuara,” kata pejabat itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ini bukanlah insiden pertama; pada bulan Mei, Meta juga memulihkan catatan Anwar mengenai pertemuannya dengan pemimpin Hamas itu setelah mengakui ia telah dipadamkan secara tidak sengaja.

Malaysia, yang merupakan negara majoriti Islam dan penyokong kuat perjuangan Palestin, telah memberi amaran bahawa tindakan tegas mungkin diambil terhadap Meta dan platform media sosial lain jika mereka menyekat kandungan pro-Palestin. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN