fb fb fb fb fb

Presiden Palestin: Pembunuhan pemimpin Hamas panjangkan konflik di Gaza

Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh terbunuh di Tehran, Iran pada 31 Julai/Foto REUTERS

MOSCOW, 6 Ogos - Pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, dipercayai bertujuan untuk memanjangkan lagi konflik di Gaza selain menyukarkan perbincangan sekali gus menjejaskan rundingan perdamaian.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, berkata demikian dalam satu kenyataan kepada agensi berita negara RIA Rusia.

Beliau menegaskan bahawa tidak dapat dinafikan bahawa tujuan pembunuhan Haniyeh adalah untuk memanjangkan perang dan memperluaskan skopnya.

Abbas juga menambah bahawa tindakan tersebut memberi kesan negatif kepada rundingan yang sedang berjalan untuk menamatkan pencerobohan serta mengundurkan tentera Israel dari Gaza.

Ismail Haniyeh, dibunuh pada 31 Julai, di Tehran, Iran.

Menurut laporan, beliau dibunuh dalam serangan peluru berpandu jarak dekat yang dilancarkan ketika beliau sedang menghadiri majlis perasmian Presiden Masoud Pezeshkian.

Serangan tersebut juga mengakibatkan kematian salah seorang pengawal peribadinya - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN