fb fb fb fb fb

Orang awam antara 11 terbunuh dalam operasi ketenteraan Colombia

GAMBAR HIASAN

BOGOTA, 31 Mac- Empat orang awam, termasuk seorang gabenor Orang Asal dan seorang remaja, adalah antara 11 orang yang dibunuh tentera Colombia dalam apa yang dikatakan sebagai operasi ketenteraan terhadap gerila yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah.

"Mereka yang terbunuh oleh tentera bukanlah gerila, tetapi orang awam, termasuk rakan seperjuangan orang asli," kata Oscar Daza, jurucakap Opiac, sebuah pertubuhan orang Asli Amazon Colombia.

Antara mangsa yang terlibat adalah gabenor Quechua Pablo Panduro, serta ketua masyarakat Divier Hernandez dan isterinya, kata kumpulan hak asasi manusia.

Pejabat Ombudsman, sebuah agensi hak asasi manusia negeri, juga melaporkan kematian seorang remaja berusia 16 tahun dan menuntut penjelasan dengan segera.

Terdahulu menurut tentera, sehari sebelum itu mereka telah membunuh 11 orang disyaki penentang dari bekas Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang didakwa kerajaan terlibat dalam pengedaran dadah, dalam operasi di sempadan dengan Peru.

Opiac tidak memberikan butiran mengenai tujuh orang lain yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran itu.

Pemerhati hak asasi manusia juga berkata bahawa "semasa operasi tentera, seorang gabenor orang asli, seorang ketua masyarakat dan isterinya terbunuh."

"Terdapat keperluan mendesak untuk menjelaskan fakta," kata Juan Pappier, penyelidik kanan NGO untuk Amerika.

Tanpa menyebut tentang pertempuran itu, pejabat pendakwa raya Colombia berkata di Twitter bahawa ia sedang membuka siasatan ke atas "peristiwa di Puerto Leguizamo di mana 11 orang mati."- AFP


(Tentera membunuh 11 penentang FARC sehari sebelum operasi ketenteraan yang mengorbankan orang awam dan gabenor Quechua) - REUTERS

Media Baharu