KAHERAH, 4 Julai- Kabinet baharu Mesir mengangkat sumpah pada Rabu di hadapan Presiden Abdel-Fattah al-Sisi, di Istana Al-Ittihadiya Kaherah, pada Rabu.
Sebelum upacara angkat sumpah, al-Sisi menaikkan pangkat Abdel-Maguid Sakr kepada Leftenan Jeneral dan melantiknya sebagai Menteri Pertahanan dan Pengeluaran Tentera, menggantikan Mohamed Zaki.
Kabinet baharu tersebut diketuai oleh Perdana Menteri Mostafa Madbouly, yang telah memegang jawatan itu sejak 2018.
Terdiri daripada 30 menteri, Kabinet baharu berkenaan menyaksikan penggabungan beberapa kementerian dan pengenalan kementerian baharu, terutama portfolio ekonomi.
Kabinet baharu Mesir turut menyaksikan rombakan termasuk menteri kewangan dan luar negeri baharu dalam kerajaan yang menghadapi cabaran termasuk perang Gaza di sempadannya, masalah ekonomi dan pemotongan kuasa harian.
Pada Ahad, Presiden berkata keutamaan utama kabinet baharu adalah untuk mengurangkan kesan kenaikan harga dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.-REUTERS