fb fb fb fb fb

Israel bunuh dua rakyat Palestin di Tebing Barat

Seorang askar Israel menyasarkan senapangnya semasa serbuan di kem pelarian Balata di Tebing Barat/FOTO AFP

RAMALLAH, 19 November - Sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Tebing Barat, kata Bulan Sabit Merah.

Menurut Bulan Sabit Merah Palestin, mangsa melibatkan seorang lelaki berusia 45 tahun terbunuh di Jenin dan seorang lagi terbunuh di kem pelarian Dheisheh berhampiran Beit Lahm di selatan.

Bagaimanapun ketika dihubungi oleh AFP, tentera Israel tidak mengulas perkara itu.

Bulan Sabit Merah berkata secara keseluruhan, tentera Israel menjalankan sekurang-kurangnya lima operasi sejak semalaman di bandar-bandar dan kem pelarian di seluruh Tebing Barat, yang diduduki Israel sejak 1967.

Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah berkata, tentera dan peneroka Israel telah membunuh lebih 200 rakyat Palestin di Tebing Barat sejak bermulanya konflik Israel-Hamas.

Semalam, di utara Tebing Barat lima pejuang di sayap bersenjata pergerakan Fatah Presiden Palestin Mahmud Abbas terbunuh dalam serangan udara Israel yang jarang berlaku di kem pelarian Balata, kata sumber Bulan Sabit Merah Palestin dan Fatah.

Seorang jurugambar AFP melihat tentera Israel menggeledah kem Balata Nablus hari ini. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN:
Israel bunuh enam rakyat Palestin di bandar Tebing Barat
Israel tahan 25 penduduk Palestin di Tebing Barat
Tentera Israel bunuh pemuda Palestin di Tebing Barat
Tentera Israel usir keluar penduduk Palestin dari Tebing Barat
Israel bunuh tiga orang awam di Tebing Barat subuh tadi
Dua rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran di Tebing Barat

GRACE AISYAH KEDAYAN