fb fb fb fb fb

Hari ke-44: Angka korban di Gaza cecah 13,700 nyawa

Mereka yang berkabung menghadiri pengebumian rakyat Palestin daripada keluarga al-Astal, yang terbunuh dalam serangan Israel di selatan Gaza/FOTO REUTERS

GAZA, 19 November - Memasuki hari ke-44 konflik Israel-Palestin, angka korban di Semenanjung Gaza telah melebihi 13,700 nyawa, menurut data rasmi yang dikeluarkan kedua-dua pihak.

Pejabat media Gerakan Penentangan Islam Palestin (HAMAS) berkata sejak jenayah perang pada 7 Oktober lalu, Semenanjung Gaza telah menyaksikan kehilangan paling tragis apabilah lebih 12,300 nyawa termasuk lebih 5,000 kanak-kanak dan lebih 3,300 wanita.

Sementara itu, jumlah mangsa yang cedera di Semenanjung Gaza telah melebihi 30,000 orang.

Daripada angka itu, ia melibatkan 75 peratus mangsa wanita dan kanak-kanak, kata pejabat media.

Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan pada hari yang sama bahawa konflik yang berterusan telah membunuh 212 orang dan mencederakan lebih daripada 2,800 di Tebing Barat.

Sementara itu, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melalui kenyataan semalam, mengesahkan kematian enam askar semasa operasi darat di Semenanjung Gaza, manakala beberapa askar IDF lain cedera.

Setakat Sabtu, pihak Israel tidak memberikan angka korban yang telah dikemas kini.

Berdasarkan data sebelum ini, dianggarkan kira-kira 1,200 rakyat Israel telah kehilangan nyawa dalam konflik itu. - REUTERS

ARTIKEL BERKAITAN:
Angka korban di Gaza cecah 10,000 hampur separuh daripadanya kanak-kanak

Angka korban di Gaza cecah 1,354 mangsa

GRACE AISYAH KEDAYAN