(Foto AFP)
RAMALLAH, 1 September- Dua rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran berasingan dengan tentera Israel di Tebing Barat, awal hari ini, kata Kementerian Kesihatan Palestin.
Samer Khaled, 25, dari kem Al-Ain di Nablus mengalami luka tembakan maut di leher.
Khaled terbunuh apabila tentera Israel menyerbu kem pelarian Balata berhampiran Nablus di utara Tebing Barat, kata agensi berita rasmi Palestin, WAFA seperti dilapor AFP.
(Pemuda Palestin membaling batu ke arah jip tentera Israel di bandar Silwad, berhampiran bandar
Ramallah di Tebing Barat selepas operasi ketenteraan di bandar itu, pada 31 Ogos 2022/AFP)
Manakala Yazan Afana, 26, dari kem Qalandia di luar Baitulmaqdis, meninggal dunia selepas ditembak di jantung.
Afana terbunuh semasa operasi di Al-Bireh, dekat Ramallah.
Sementara itu, tentera dalam satu kenyataan berkata tenteranya menahan enam lelaki dikehendaki dalam operasi semalaman di seluruh Tebing Barat.
"Semasa operasi (di Balata), pasukan bertindak balas dengan melepaskan tembakan selepas tembakan dilepaskan ke arah mereka," kata kenyataan tentera.-AFP