(Tokayev ketika melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Azerbaijan, 24 Ogos 2022/AFP)
NUR-SULTAN, KAZAKHSTAN, 1 September- Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev merancang untuk mengadakan pilihan raya lebih awal.
Pilihan raya presiden dicadang diadakan pada musim luruh ini dan pilihan raya umum akan diadakan pada separuh pertama tahun depan.
Ini selepas negara itu berdepan dengan krisis politik sehingga mengorbankan lebih 200 nyawa.
"Saya mencadangkan agar kita mengadakan pilihan raya presiden awal pada musim luruh 2022," katanya ketika berucap di Parlimen.
Tokayev turut mencadangkan agar tempoh pemerintahan Presiden, dikurangkan kepada satu penggal tujuh tahun sahaja.
Pilihan Presiden dijadual diadakan pada 2024 dan Pilihan Raya Parlimen, 2025.-AFP
(Gambar diambil dan dikeluarkan oleh perkhidmatan akhbar presiden Kazakhstan pada 1 September 2022
menunjukkan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev berucap di parlimen di Nur-Sultan/AFP)