(Foto Reuters)
BOSTON, MASSACHUSETTS, 1 September- Seorang bapa dan anak lelakinya berjaya diselamatkan dari perairan sejuk pelabuhan Boston dua hari selepas bot udang galah mereka karam pada petang Isnin.
Rakaman video oleh Jabatan Polis Boston memaparkan detik kedua-dua lelaki itu menggigil ketika diangkat dari air. Mereka berpaut pada kotak penyejuk sebagai alat pengapungan.
Lelaki itu memberitahu polis mereka lemah dan menghadapi kesukaran untuk megimbangi kepala mereka di atas air.
Dia kemudian meminta pegawai menyelamatkan bapanya dahulu yang berusia 76 tahun, yang memakai jaket keselamatan.
"Tolong bantu dia bangun...bantu dia untuk bangun dulu," katanya.
Menurut Polis Boston, kedua-dua lelaki itu letih dan sejuk namun tidak mengalami kecederaan.
Mereka kemudian dibawa ke pantai di mana pegawai perubatan kecemasan merawat mereka kerana kecederaan ringan.
Lelaki itu berkata enjin bot mereka sepanjang 28 kaki telah terjerat di tali udang galah menyebabkan enjin bot mati.
Arus kuat menolak bot ke atas batu dan menembusi badan kapal.
Bot mangsa kemudian ditunda ke Pulau Thompson.-REUTERS
(Bapa dan anak lelakinya yang berjaya diselamatkan dari perairan sejuk pelabuhan Boston/Reuters)