fb fb fb fb fb

Operasi seludup masuk dadah terbesar gagal, 47 juta pil amphetamine dirampas

(FOTO AFP)

RIYADH, 1 September - Pihak berkuasa Arab Saudi berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 47 juta pil amphetamine yang dianggarkan bernilai AS$1 bilion.

Ia merupakan operasi penyeludupan dadah terbesar di negara itu.

Jurucakap Direktorat Kawalan Narkotik Saudi berkata enam rakyat Syria dan dua warga Pakistan telah ditahan.

(FOTO AFP)

Semua bahan terlarang itu disembunyikan dalam tepung, tiba di pelabuhan kering di ibu kota Riyadh dan dibawa ke gudang.

Laporan tersebut tidak menyatakan sama ada pil itu adalah captagon.

Arab Saudi adalah pasaran captagon terbesar, dan badan kastam kerajaan itu telah merampas 119 juta pil tahun lepas.-AFP

Media Baharu