fb fb fb fb fb

Hujan batu di Sepanyol ragut nyawa bayi 20 bulan, lebih 20 cedera

(FOTO AFP)

MADRID, 1 September - Seorang bayi perempuan berusia 20 bulan maut selepas terkena hujan batu yang melanda perkampungan La Bisbal d’Emporda di wilayah Catalonia, Sepanyol.

Mangsa meninggal dunia akibat terkena ketulan ais bersaiz 11 sentimer yang jatuh di atas kepalanya.

Kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Josep Trueta di bandar berdekatan Girona tetapi meninggal dunia akibat kecederaannya.

(FOTO AFP)

Fenomena luar biasa itu turut menyebabkan lebih 20 penduduk cedera.

Datuk Bandar, Carme Vall menyifatkan hujan batu itu sebagai kemalangan terburuk pernah berlaku di kawasan berkenaan.

"Kejadian hujan batu yang membentuk ketulan ais bersaiz sekitar 11 sentimeter jatuh dalam tempoh 10 minit dan ia adalah satu kejadian yang menakutkan," katanya.

Sementara itu, ribut hujan batu dijangka berterusan di wilayah itu berikutan gelombang panas yang melanda Laut Mediterranean.

Untuk rekod, ribut hujan batu yang berlaku kali ini adalah kejadian paling buruk pernah berlaku dalam tempoh 20 tahun.-AFP

Media Baharu