(Foto AFP)
KIEV, 1 September- Beribu-ribu pelajar diseluruh Ukraine bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan baharu yang bermula hari ini.
Bagaimanapun mereka tidak mendapat akses selamat kepada pendidikan, peralatan teknikal dan khusus serta latihan vokasional, kerana kemudahan institusi pendidikan sedia ada rosak teruk.
Sebuah badan amal British, Pusat Ketahanan Maklumat (CIR) berpangkalan di United Kingdom mengesahkan 41 institusi sudah 'musnah sebahagian atau sepenuhnya' sejak Rusia menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu.
Dalam laporan CIR, serangan ke atas kemudahan pendidikan adalah 'disasarkan dan bukannya kesan sampingan'.
(Foto diambil pada 31 Ogos 2022 menunjukkan ruang kelas sekolah yang rosak
di desa Ukraina di selatan wilayah Mykolaiv/AFP)
Sebelum ini, pihak berkuasa Ukraine berkata sebanyak 2,199 institusi pendidikan rosak akibat pengeboman dan tembakan, dengan 225 daripadanya musnah sepenuhnya.
Separuh daripada 23,000 sekolah yang ditinjau oleh kementerian pendidikan dilengkapi dengan kemudahan kubu bawah tanah bagi memulakan kelas di luar talian.
Datuk Bandar Kharkiv Igor Terekhov pada bulan lalu berkata, semua sekolah di bandar itu akan memulakan tahun akademik baharu dalam talian kerana serangan berterusan.-AFP