RAMALLAH, Tebing Barat, 14 November - Sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin terbunuh awal pagi tadi di Tebing Barat, menurut Kementerian Kesihatan Palestin dan media Palestin.
Menurut laporan agensi berita ramsi Palestin WAFA yang memetik sebuah hospital di bandar barat Tulkarm berkata sekurang-kurangnya tiga daripada mereka terbunuh dalam serangan dron Israel.
Memetik laporan WAFA, tentera Israel menembak mati dua rakyat Palestin semasa pertempuran awal di kem pelarian di bandar itu.
Israel telah berikrar untuk memusnahkan Hamas.
Jet-jet Israel telah mengebom Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu dan kereta kebal telah mengepung kawasan sekeliling Bandar Gaza.
Konflik yang semakin memuncak di Tebing Barat mengundang kemarahan seluruh dunia serta negara Arab yang mendesak Israel melakukan gencatan senjata dengan segera. - REUTERS